Assalamualaikum

Nasi Lemak Daun Lemuni dan khasiatnya, Selamat berhari minggu, sarapan apa hari ini ya? bagi saya, pagi ini menikmati nasi lemak daun lemuni yang banyak khasiatnya. pernah dengar tak daun lemuni? daun lemuni ni mudah didapati di kampung dan digunakan secara tradisional untuk mengubati penyakit rheumatism,cirit birit, mencegah kangker payudara serta bermanfaat kepada ibu yang baru melahirkan. air rendaman daun ni jika dijadikan air mandian dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan, tapi memang dari dulu lagi ibu pun ada cerita khasiat daun yang satu ini dan elok di ambil ketika di dalam pantang bersalin karena memanaskan badan.

resepi nasi lemak daun lemuni inni sama sahaja dengan menanak nasi lemak biasa cuma yang bezanya . daun ini di kisar untuk mendapatkan pati dan di campur bersama santan untuk mendapatkan nasi lang lezat dan berkhasiat menu ini memang terkenal di utara semenanjung malaysia . baiklah, jom kita lihat resepinya

Resepi Nasi Lemuni Kuala Kangsar

Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni

Bahan-bahan:

  • 3 pot Beras
  • 20 helai Daun Lemuni – dikisar
  • 5 biji Bawang Merah – dimayang halus
  • 2 ulas Bawang Putih – dimayang halus
  • 1 inci Halia – diketuk
  • 3 helai Daun Pandan – dsimpulkan
  • 3 cawan Air
  • 2 cawan Santan Pekat
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh beras hingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan kemudiannya masukkan air, santan, daun lemuni yang sudah dikisar, bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan garam secukup rasa.
  3. Kacau pelahan supaya bahan bahan tadi sebati.
  4. Hidupkan suis periuk nasi dan tunggu sehingga nasi masak.

Khasiat daun lemuni.

  • awet muda
  • buang angin
  • ringankan badan
  • mudahkan pembuangan
  • sebagai serat tambahan
  • antioksidan

Alhamdulillah nampaknya time macam ni orang tak pantang pun boleh gemuk ni makan makanan orang pantang haha, ada tak yang suka nasi lemuni ni agaknya. Kalau nak tau daun lemuni tuuuuuuuuuuu yang atas nasi tu, warnanya agak purple gelap, maka nya nasi lemuni jadi agak kehitaman gitu, tapi sumpah SEDAPPP walaupun hitam-hitam manis macam ni.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Sup Kepala Ikan Merah

Pencarian resepi :

Nasi Lemak Daun Lemuni Dan Khasiatnya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *